Sunday, November 27, 2011
Saturday, November 5, 2011
happy birthday to me....
Friday, August 26, 2011
HAPY2 JEK..
Wednesday, August 24, 2011
Monday, August 22, 2011
help!
S.A.H.A.B.A.T ♥♥♥
Tuesday, August 2, 2011
selamat berpuasa
Tuesday, July 5, 2011
♥ saya suda jatuh cinta (^_^)
Monday, June 20, 2011
happy father's day..
Wednesday, June 15, 2011
best ke x best??
Wednesday, June 8, 2011
bodohnya aku!
Wednesday, May 11, 2011
~hapy besday to me~
Sunday, April 24, 2011
Monday, April 11, 2011
kenangan
Sunday, April 10, 2011
Wednesday, April 6, 2011
BENGANG
Jangan terlalu baik, Saya akn merindui awk..
“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awk, saya akan merindui awak.”
“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”
“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”
“Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut akan risiko mencintai.”
“Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya atau anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.”
“Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya dia kepada anda.”
“Jika dia boleh terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.”
“Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…”
“Bila diri dicintai.. Dia pasti akan berusaha untuk ada…sentiasa ada bersama.”
Ha... Korg trsenyum x?? Hahahahaha..
Monday, April 4, 2011
hati kata rindu
Monday, March 28, 2011
tentang perasaanku..
Sunday, March 27, 2011
cuci mata...
Tuesday, March 22, 2011
pesanan...
Sinopsis
Sini Ada Hantu bermula apabila dua orang pemandu van, Ah Meng dan Bakri yang telah ditugaskan pada saat akhir menghantar mayat datuk kepada majikan mereka di sebuah kampung di mana mereka perlu sampai ke destinasi keesokan paginya. Pada mulanya mereka menolak tapi apabila ditawarkan dengan upa
h yang lumayan mereka bersetuju.
Semasa dalam perjalanan, radio van tidak berfungsi bagi menghilangkan kebosanan dan rasa mengantuk, mereka berdua bercerita tentang kisah seram yang pernah mereka dengar. Bakri memulakan kisahnya ‘Hantu Pokok Pisang’… kisah wanita cantik yang menjelma dari pokok pisang.
Ah Meng mentertawakan Bakri dan mengatakan hantu melayu tak logik, Ah Meng mula menceritakan kehebatan hantu Cina pula iaitu ‘Hantu Nombor Ekor’ di mana kisah empat lelaki yang mengalami masalah kewangan lalu memuja roh untuk memberikan pertolongan dengan memberi nombor ekor.
Apabila Ah Meng habis bercerita, Bakri memberitahu Ah Meng cerita hantu cina lagi tak logik. Bakri memberitahu Ah Meng yang dia mempunyai cerita lain, tapi kali ini cerita ini mengisahkan hantu dari luar negera. Ah Meng mula bercerita tentang seorang pelajar, Yakob yang dipindahkan ke sekolah baru kerana masalah disiplin.
Yakob kemudian mendapati mereka semua takut pergi ke tandas di waktu malam kerana dipercayai tempat
tersebut pernah dijadikan pangkalan tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua. Jelmaan hantu Jepun sering berkeliaran pada waktu malam.
Ketika Ah Meng ingin menceritakan kisah hantu yang lain, van mereka yang melalui ladang kelapa sawit yang gelap-gelita itu tiba-tiba rosak. Ah Meng terpaksa mencari bantuan, sementara Bakri menunggu keranda tersebut. Apabila Ah Meng kembali ke van tanpa bantuan yang sepatutnya, sesuatu telah berlaku...
Sunday, March 20, 2011
penat..
Tuesday, March 15, 2011
SYUKUR
Thursday, March 3, 2011
Senyum by Malique Feat Najwa ,
Wednesday, March 2, 2011
SAPE NAK JAWAB NIE???
Tuesday, March 1, 2011
PERSOALAN....
Sunday, February 27, 2011
PUASNYA ATI AKU
mengantoknya.............
Saturday, February 26, 2011
renungan bersama....
Ibu bapa merupakan orang yang wajib kita hormati dan taati. Perintah mentaati keduanya jelas termaktub di dalam Quran dan Hadith. Mengecilkan hati, melawan atau mengherdik keduanya dianggap sebagai derhaka.
Menderhaka kepada ibubapa adalah satu dosa besar dan tidak akan mencium bau syurga; meskipun banyak beribadat kepada Allah. Allah tidak menerima ibadat orang yang derhaka kepada ibubapa.
Dalam satu hadith, Nabi Muhammad saw bersabda bahawa keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan kedua ibubapa. Ini bermakna jika ibubapa suka kepada kita, Allah turut meredhai kita. Sebaliknya jika mereka marah dan berkecil hati kepada kita, Allah turut murka kepada kita.
Pernah seorang sahabat mengadu kepada Rasulullah tentang perangai ibunya yang suka meminta-minta kepadanya. Baginda marah dan menempelak sahabat itu dengan mengatakan bahawa bukan saja dalam harta malahan dalam dirinya sendiri ada hak kedua ibubapanya. Jelas ibubapa mempunyai hak terhadap apa saja yang ada pada kita.
Sejak kita di dalam kandungan, ibu menanggung segala kesakitan dengan penuh sabar. Begitu juga setelah dilahirkan, ibu mengasuh dan menjaga kita dengan penuh kasih sayang. Jika kita sakit, ibu tidak lelap tidur. Mereka berkorban apa saja untuk kita. Tetapi setelah kita besar dan boleh berdikari, sanggupkah kita mengecewakan hatinya.
Oleh kerana besarnya pengorbanan ibubapa terhadap kita, maka sewajarnyalah Allah mewajibkan kita mematuhi mereka. Ganjaran di atas layanan kita terhadap ibu bapa dibalas oleh Allah tunai semasa di dunia lagi. Contohnya, jika kita mentaati mereka, anak-anak kita akan taat kepada kita. Sebaliknya jika kita menderhaka kepada mereka, anak-anak kita akan derhaka kepada kita pula.
Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
“Barangsiapa semasa paginya mendapat keredhaan ibu bapa, nescaya dibukakan baginya semua pintu syurga. Sebaliknya jika semasa pagi lagi telah menyakiti hati ibubapa, nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka.”
Kita sebenarnya tidak berdaya membalas jasa ibu dan bapa. Hakikat ini perlulah kita insafi. Jika mereka tidak wujud di dunia, kita juga tidak akan lahir di dunia ini. Oleh sebab itu, kita digalakkan mendoakan mereka setiap kali selepas solat.
Jika mereka masih hidup, layanilah mereka dengan sebaik-baik mungkin. Tetapi jika sudah meninggal dunia, selalulah menziarahi tanah perkuburan di samping mendoakan kesejahteraannya. Buatlah sebarang kebajikan seperti sedekah dan niatkan pahala untuk arwah ibu dan bapa. Mereka akan menerima pahala tersebut. Inilah sahaja bukti ketaatan yang dapat kita tunjukkan terhadapnya.
Akhirnya, ingatlah pesanan Nabi saw:
“Khabarkanlah berita gembira ini kepada mereka yang berbuat baik kepada ibubapa: Buatlah apa saja bahawasanya Allah Taala telah mengampuni mereka. Dan khabarkan berita buruk kepada mereka yang menderhakai ibubapa, buatlah seberapa banyak ibadat yang disukai, bahawasanya Allah Taala tidak akan memberikan keampunan sedikitpun kepadanya.”
Fikirkan..